Pusat Kegiatan
Guru (PKG), dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat
Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST
diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan
rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Pahang.
Pada tahun 1986
nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD
memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah
mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam
bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan
pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai
ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi
pendidikan (teknopen).
Seterusnya pada
tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan
menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina
dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap
sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak
kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti
yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah
Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah
dicapai.
Berasaskan
pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996,
PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula
diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan
Malaysia.